Dia itu,apabila kasih dan rindunya mengalir pada seorang laki-laki yang bergelabergelar suami,maka akan menerbitkan seribu keeindahan dalam taman jiwanya,membariskan sejuta kasih sayang,dan membentang hamparan rasa,juga membubudegup sebuah keimanan.seorang wanita itu,apabila dirinya di lihat oleh sepasang mata bergelar suami yang cukup menyayanginya,dia akan terpaku malu,kemerahan di lesung pipinya,hati bagai dicandu, matanya dipuput mekal dengan ketaatan,dan itu adalah cetusan 7memucak bagi perasaan cinta seorang lelaki yang bergelar suami.Waniyta itu akan selalu berada dalam jiwanya.Bagi seorang suami,isteri yang solehah itu adalah perkara yang paling utama dalam hidup.Dia penyeri dihati,pelembut bagi jiwa,penawar ketika sakit,ubat yang sangat berharga,dan nikmat dari Allah s.w.t yang paling besar dalam diri seorang laki-laki,kerana dia hadir untuk mencurah rasa ketenangan dan kesenangan dalam taman jiwa seorang lelaki. Inilah pandangan islam terhadap seorang wanita yang bergelar isteri.penyeri rumah tangga sang suami.perkahwinan telah meletur seribu satu macam pengisian dalam jiwanya,juga mengajarkan bahawa islam begitu memandang tinggi nilai dan darjat seorang wanita dalam bibit kehidupan perkahwinan. Bertitik tolak dari nilai yang tinggi ini ,seorang peribadi muslimah tidakakan menjual dirinya dengan harga yang murah untuk mendapatkan harga sebuah kasih sayang.Kehormatannya dipelihara dengan aman dan menghas dirinya dengan keperibadian gadis muslimah yang sempurna.Seorang laki-laki muslim adalah mereka yang memilih kesempurnaan,namun tidak meletakkan suatu ukuran pada hati,jiwa dan keperibadian seorang muslimah.Ia bahkan mencari seorang wanita yang menghias diri dengan sifat-sifat islami yang tinggi dan mampu mewujudkan kehidupan rumah tangga yang indah dan tenteram. Al-Quran telah menggambarkan hubungan ini sebagai suatu yang fitrah dan abadi diantara dua insan yang berbeza ini.seperti mana dalam surah ar-rum ayat 21; yang bermaksud;Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikan-NYA diantaramu rasa kasih dan sayang.sesunggunya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir)Sesungguhnya fitrah pencipta seorang wanita itu adalah dari sisi para suaminya.supaya si suami mampu dideriakan dengan rasa fitrah(mahabbah dan rahmah).Fitrah itu adalah kecenderungan untuk melahirkan kasih sayang terhadap wanita miliknya.Fitra ini adalah kimia yang terjalin dalam sebuah hubungan jiwa.jiwa seorang adam untuk kecenderung kepada seorang hawa yang dicipta untuknya.jiwa seorang hawa pula adalah unutuk merasakan ketenteraman ketika berada bersama dengan seorang adam yang di kasihinya.Ia adalah sebuah ikatan kimia yang di adun dengan rasa cinta dari tuhan yang maha pencipta, yang berkuasa untuk melahirkan perasaan fitrah yang begitu suci dan luhur itu.Maka,kehendak Allah s.w.t telah mengikat antara dua jiwa ini agar keduanya merasakan ketenangan ,ketenteraman dan kesenangan di dalam rumah tangga yang indah dan menyenangkan,yang dipenuhi dengan cinta yang tulus dan kasih yang tiada akhirnya.Rasulullah s.a.w menegaskan dalam banyak wasiat baginda bahawa,kecantikan bukanlah kayu atau pangkal ukuran yang sebenarnya,tetapi kecantikan juga merupakan ciri yang termasuk dalam sifat utama yang di cari oleh laki-laki dan wanita yang solehah.Antaranya nasihat Baginda s.a.w kepada ibnu Abbas:”Mahukah aku beritahumu tentang sebaik-baik perkara yang dimiliki oleh seorang?Yaitu wanita solehah yang apabila melihat kepadanya akan menyenangkanmu,dan apabila kamu menyuruhnya ia akan taat,dan apabila pergi darinya ia akan menjaga haksuaminya” (riwyat al-Hakim) Ini merupakan diantara pesanan Rasulullah s.a.w kepada para muslimin juga ia agar pernikahan mereka didasarkan dengan keseimbangan antara jasad,roh,akal,jiwa,dan emosi,agar kasih sayang menjadi kukuh dan tidak goyah apabila dicabar dengan kekerasan jiwa.juga merupakan kunci rahsia kepada pembangunan sebuah rumah tangga yang menjadi tempat tumbuhnya generasi muslimin,melahirkan kepahlawanan dan melahirkan anak-anak zuriat yang cerdik pandai. Seorang yang bernama wanita itu tidak di lahirkan dalam fitrah yang bersifat individualistik,bahkan dilahirkan dari sebuah kondisi jiwa yang tidak lurus sifatnya,cenderung kepada hawa nafsu,kerana fitrah akalnya selalu lemah dan mudah ditewaskan oleh nafsu dan emosi. Maka itu,wanita tidak dapat lari dari kecenderungannya terhadap kehadiran seorang lelaki dalam hidup,itulah fitrah seorang wanita.Dia dilahirkan untuk ditenangkan oleh kasih sayang dari seorang suami.Telah berwasiat Rasulullah s.a.w:”Berwasiatlah kamu kepada wanita dengan wasiat yang baik,kerana wanita dicipta dari tulang rusuk,dan tulaang rusuk yang paling bengkok sekali adalah yang tersusun paling atas(Dalam struktur tulang rusuk manusia), kalau engkau meluruskannay,engkau akan mematahkannya,dan jika engkau biarkan,iakan tetap bengkok,maka berwsiatlah kepada para wanita dengan wasiat yang baik.” (Riwayat Bukhari & Muslim) Alangkah besarnya perhatian Rasulullah s.a.w terhadap fitrah para wanita ini .maka, hati seorang lelaki harus terbina atas pemahaman yang mendalam terhadap jiwa seorang anita dan sifatnya.seorang suami tidak boleh lari dari bertuleransi terhadap kesalahan isterinya,dan akan banyak menerima kekhilafan dari isteri sejajar dengan tabiat dan fitrahnya.mereka akan terasa aman,tenang dan bahgiaTiada pertengkaran yang akan menghalang dalam kehidupan perkahwinan mereka kerana si suami begitu memahami hati dan jiwa isterinya. Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya,dan laki-laki yang terbaik dikalangan manusia adalah seorang suami yang paling baik memberikan layanan terhadap isterinya.